Search This Blog

SELAMAT DATANG....... WELCOME~~~

Salam... selamat datang ke blog inspirasi jebat.... Moga moga ianya memberi manfaat dan informasi yang berguna kepada anda. sebarang cerita atau berita yang di sampaikan didalam blog ini tiada niat dengan sengaja atau tidak sengaja untuk menjatuhkan maruah, reputasi atau sebarang pandangan sama ada individu, syarikat mahupun negara. di harap anda dapat menerima blog ini...

ikhlas dari,
Jebat USM

Wednesday, October 5, 2011

United waspada ancaman Man. City

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi amaran kepada para pemainnya supaya berada pada prestasi terbaik apabila berdepan musuh setempat mereka, Manchester City pada 23 Oktober ini.
United dan City kini berkongsi mata, namun Red Devils berada di tangga teratas dengan kelebihan satu gol.
Pengurus berusia 69 tahun dari Scotland yang menganggap City sebagai ‘jiran bising’ berkata, dia tidak terkejut dengan penampilan terbaik City pada permulaan musim.
‘‘Saya pernah berkata sejak dulu lagi ia pasti akan terjadi. Mereka adalah pasukan yang bagus dan sentiasa akan meningkat.
‘‘Sergio Aguero antara kunci kekuatan City, dia cepat menyesuaikan diri dengan Liga Perdana England, dia sering menjadi ancaman dalam kotak penalti. David Silva juga antara pemain yang bagus.
‘‘Kami harus pastikan bersedia apabila bertemu City nanti,” katanya.
United dan City masih belum kalah dalam aksi Liga Perdana pada musim ini dengan kedua-dua kelab mencatatkan enam kemenangan dan satu seri.
Ferguson juga mengakui dinamik pertemuan antara kedua-dua pasukan telah banyak berubah semenjak City dibeli oleh Sheikh Mansour dari Abu Dhabi.
‘‘City mempunyai sebuah skuad yang besar dan kekuatan kewangan yang mampu menarik ramai pemain terbaik dunia, ia jelas membuatkan bahang pertemuan kedua-dua pasukan jiran semakin menarik.
‘‘Perbincangan utama bukannya berkisar kepada perlawanan tetapi kepada Manchester City yang menukar arah bola sepak hari ini dan kami perlu bersaing dengan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment