Search This Blog

SELAMAT DATANG....... WELCOME~~~

Salam... selamat datang ke blog inspirasi jebat.... Moga moga ianya memberi manfaat dan informasi yang berguna kepada anda. sebarang cerita atau berita yang di sampaikan didalam blog ini tiada niat dengan sengaja atau tidak sengaja untuk menjatuhkan maruah, reputasi atau sebarang pandangan sama ada individu, syarikat mahupun negara. di harap anda dapat menerima blog ini...

ikhlas dari,
Jebat USM

Sunday, June 23, 2013

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok
telefon dan memasukkan syiling. Kemudian
dia mendail nombor yang hendah dihubungi.
Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai
dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu
adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima
saat untuk disambung. Belum dicampur lagi
masa yang diperlukan oleh si penjawab
bangun, berjalan dan menjawab panggilan.
Adegan tidak logik ini memang wujud dalam
drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum
babak perbualan di pejabat polis, kamera
fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat
dua anggota polis wanita berjalan seiringan
keluar dan masuk... Dua anggota polis
berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat
malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan
memaparkan banyak adegan menjerit.
Pengarah filem tersebut lupa bahawa
sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit
ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat
dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon
yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara.
Ini kerana mereka fikir mereka boleh
membawa watak orang utara. Pada
hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak
perbualan antara seorang wanita cina dengan
ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam
bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina.
Tetapi dalam drama cina pula, babak
perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu
juga.

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama
bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar
semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot
Samarinda... Seorang lelaki bekerja di
pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya
berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah
jenis Nokia yang mengunakan ringtone
polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon
memberitahu rakannya bahawa dia hendak
menulis email kepada seseorang. Dia
kemudiannya duduk di hadapan komputer dan
mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus
pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan
Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu
babak tembak-menembak telah berlaku
diantara polis dengan penjahat. Pihak polis
menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer
(evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan
berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh
peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut
hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit
tempatan akan berakhir dengan mimpi
semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung
wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana
kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah
mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....