MANCHESTER – Javier Hernandez menandatangani kontrak baru lumayan selama lima tahun di Manchester United dengan gaji sekitar 80,000 pound (RM393,000) seminggu, menurut ejen penyerang Mexico itu.
Ejen itu, Eduardo Hernandez berkata: “Kami berunding semula kontrak Javier dan dia bersetuju menetap di Manchester United selama lima tahun.
“Kontrak asal adalah bagus untuk Javier dan kelab kerana ia memberi ruang untuk melihat sama ada Javier mampu mempamerkan persembahan seperti yang diharapkan.
“United amat berpuas hati dan memutuskan untuk memberi ganjaran kepada Javier selepas beraksi cemerlang sepanjang musim lalu.
“United mengemukakan tawaran yang cukup bagus dan saya gembira dengan cara kelab mengiktiraf prestasi Javier.
“Saya tidak akan bercakap mengenai gaji baru Javier tetapi ia adalah kontrak lima tahun.’’
Kesanggupan United merunding semula kontrak Hernandez walaupun hanya setahun berlalu menceritakan segala-galanya mengenai impak yang dibawa penyerang berusia 23 tahun itu kepada United sejak kedatangannya sebagai pemain yang langsung tidak dikenali sebelum Piala Dunia 2010.
Hernandez yang juga dikenali dengan jolokan Chicharito, meledak 20 gol pada musim pertama dan dua gol setakat musim ini meskipun dihadkan aksinya kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Dalam kontrak asal, dia meraih hanya 25,000 pound seminggu, namun gajinya kini dinaikkan setaraf apa yang dinikmati barisan pemain senior seperti Ryan Giggs, Patrice Evra dan kapten, Nemanja Vidic.
Ejennya menambah: “Kontrak terbaru merangkumi penetapan gaji baru yang juga ditambah insentif berdasarkan kejayaan pasukan dalam setiap pertandingan. Kami berasa gembira mencapai persetujuan dengan United.”
Cayalah Chicharito~~~~~
No comments:
Post a Comment