Search This Blog

SELAMAT DATANG....... WELCOME~~~

Salam... selamat datang ke blog inspirasi jebat.... Moga moga ianya memberi manfaat dan informasi yang berguna kepada anda. sebarang cerita atau berita yang di sampaikan didalam blog ini tiada niat dengan sengaja atau tidak sengaja untuk menjatuhkan maruah, reputasi atau sebarang pandangan sama ada individu, syarikat mahupun negara. di harap anda dapat menerima blog ini...

ikhlas dari,
Jebat USM

Thursday, October 27, 2011

United bangkit selepas diaibkan





LONDON - Manchester United bangkit selepas diaib oleh pasukan jiran apabila menang 3-0 ke atas kelab bahagian empat, Aldershot dalam Piala Liga manakala Arsenal mengatasi pencabar Liga Perdana, Bolton 2-1 untuk mara ke suku akhir kelmarin.
Dimitar Berbatov, Michael Owen dan Antonio Valencia menjaringkan gol United di Aldershot selepas diketepikan daripada pasukan yang kalah 1-6 kepada Manchester City, Ahad lalu.
"Kadangkala anda memerlukan satu kejutan besar untuk mara semula dan kami bertekad untuk bangkit semula," kata Owen.
Arsenal, yang kalah perlawanan akhir Piala Liga musim lalu kepada Birmingham, pulih daripada ketinggalan satu gol ketika menentang Bolton dengan Andrei Arshavin dan Park Chu-Young menjamin kemaraan pasukan tuan rumah.
Dalam perlawanan lain kelmarin, Cardiff menewaskan Burnley 1-0 manakala pendahulu bahagian dua, Southampton kalah 0-2 kepada Crystal Palace.
United mendapat tonik tepat selepas kekalahan di tempat sendiri terburuk dalam liga sejak 1955 apabila hanya berdepan sedikit bermasalah untuk mengatasi pasukan yang berkedudukan terendah yang tinggal dalam Piala Liga.
Berbatov menyumbat gol pertamanya musim ini selepas 15 minit selepas gerakan satu dua antara Park Ji-sung dan Tom Cleverley pada hujung kotak berakhir dengan penyerang Bulgaria itu menolak masuk ke gawang.
Dia bertukar menjadi pengumpan sejurus sebelum separuh masa, merancang gol ketiga Owen dalam kempen ini.
Rembatan penyerang England itu terus ke tengah yang berjaya menewaskan penjaga gol Ross Worner.
Dan kemenangan itu dipastikan menerusi rembatan deras Valencia tiga minit memasuki babak kedua.
"Kami agak tertekan selepas keputusan pada hujung minggu.
"Kami memiliki reputasi United untuk dipertahankan.
"Kami mahu bangkit dan syukur kami mendapat keputusan itu," kata Owen.

Wednesday, October 26, 2011

Ferguson akan buat Mancini menderita



LONDON - Bekas bintang penyerang England, Ian Wright percaya, pengurus Manchester City, Roberto Mancini bakal berdepan ujian paling sukar sepanjang kariernya sebagai pengurus iaitu berurusan dengan permainan psikologi Alex Ferguson.
Kevin Keegan pernah tewas di bawah tekanan Ferguson, malah pengurus Arsenal, Arsene Wenger bergelut selama beberapa tahun kerana perkara yang sama.
Selepas melakar kemenangan luar biasa 6-1 di Old Trafford, Ahad lalu, Mancini bakal mendapati dirinya berada di posisi yang tidak pernah difikirkan, kerana Ferguson akan menggunakan segala taktik yang ada untuk memberi tekanan kepada jurulatih kelahiran Itali itu.
Antara langkah pertama yang akan dilakukan pengurus veteran itu adalah memberi tekanan berterusan kepada City dengan menekankan bahawa United tetap akan merangkul kejuaraan liga, tetapi pada masa yang sama memberi pengharapan kepada penyokong City.
Mancini pernah membimbing tiga kelab besar di Itali iaitu Fiorentina, Lazio dan Inter Milan, namun dalam Serie A, tiada orang seperti Ferguson yang suka mencelah ketika sidang akhbar pra-perlawanan.
"Saya adalah peminat setia pengurus United dan pasukannya. Saya yakin mereka pasti akan bangkit daripada kekalahan besar itu.
"Saya beri jaminan bahawa Fergie pasti akan terus menekan City dengan menegaskan bahawa pasukan itu tidak mungkin merangkul kejuaraan, United tetap pilihan utama dan perjalanan masih panjang untuk mereka mengejar City.
"Bagi City pula, saya tidak suka dengan gelaran jiran yang bising yang diberikan kepada mereka. Pasukan ini sedang berada pada kedudukan yang bagus, namun mereka sedar kalau mereka terlepas beberapa mata maka United menunggu masa untuk 'mematahkan leher' mereka,'' kata Wright.
Ujar Wright lagi, anak-anak buah Mancini juga masih perlu berkunjung ke tiga gergasi England, Liverpool, Chelsea dan Arsenal, dan perlu membawa pulang mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan.
Malah katanya, Mancini juga berdepan dengan tekanan dapenyokongnya sendiri yang kini meletakkan harapan tinggi untuk melihat pasukan itu menjulang kejuaraan liga pertama selepas sekian lama sedang hakikatnya aksi liga masih panjang.
"Seperti Jose Mourinho, saya rasa Mancini sangat menghormati Ferguson, jadi saya tidak pasti sama ada akan berlaku perbalahan mulut di antara mereka.
"Pada perlawanan minggu lalu, saya tidak rasa United bermain pada tahap sebenar tetapi anda juga pasti bersetuju bahawa City adalah pasukan yang baik.
"Tindakan buang padang Jonny Evans adalah detik yang genting selepas United ketinggalan 0-1 ketika itu tetapi kita juga boleh lihat City lebih menyerlah dengan persembahan hebat dari James Milner, Yaya Toure, David Silva, Micah Richards dan Mario Balotelli.
"Saya percaya, City tetap akan menang sekali pun jika tiada pemain yang dibuang padang. Mereka tidak gentar berdepan United, itulah sikap yang saya suka,' ujar Wright lagi.
Bagaimanapun tegas Wright, pemain-pemain City kini berdepan tugas berat untuk menjulang kejuaraan iaitu memastikan mereka mampu mengekalkan kosistensi.

Tuesday, October 25, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Khas buat si dia~~~

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA (PERKOSAAN VISUAL)




Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Jawapan Isteri utk suami kawen lain~~~

Macam mana nak aplikasikan grammar English dalam kehidupan seharian~~

Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?
Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.
Suami: Errr... Aaaa, Ok2.
... Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?
Suami : Betul...
Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang...
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi..

Sunday, October 23, 2011

LIBYA & GADDAFI ...FACTS THAT CANT BE DENIED

Please read all of this facts.....



1. There is no electricity bill in... Libya; electricity is free
for all its citizens.

2. There is no interest on loans, banks in Libya are
state-owned and loans given
to all its citizens at 0% interest by law.

3. Home considered a human right in Libya –
Gaddafi vowed that his parents
would not get a house until everyone in Libya had a
home. Gaddafi’s father has
died while him, his wife and his mother are still living
in a tent.

4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$
50,000 ) by the government
to buy their first apartment so to help start up the
family.


5. Education and medical treatments are free in
Libya. Before Gaddafi only 25%
of Libyans are literate. Today the figure is 83%.

6. Should Libyans want to take up farming career,
they would receive farming
land, a farming house, equipments, seeds and
livestock to kick- start their farms
– all for free.

7. If Libyans cannot find the education or medical
facilities they need in Libya,
the government funds them to go abroad for it –
not only free but they get US
$2, 300/mth accommodation and car allowance.

8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government
subsidized 50% of the price.

9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.

10. Libya has no external debt and its reserves
amount to $150 billion – now
frozen globally.

11. If a Libyan is unable to get employment after
graduation the state would
pay the average salary of the profession as if he or
she is employed until
employment is found.

12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to
the bank accounts of all
Libyan citizens.

13. A mother who gave birth to a child receive US
$5 ,000

14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15

15. 25% of Libyans have a university degree

16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation
project, known as the Great
Man-Made River project, to make water readily
available throughout the desert
country.

is this..who you call a monster? the news made him look like how most of us do.but the same source as to who the media belongs to are the same people that killed him.half of us could agree that the media's pure bullshit,don't we..i refuse to believe that cruelty is an attribute alongside humanity.today's day an age is an age we call ZAMAN FITAN,the age of LIES.


Allahhuakbar~~~

Congrats My Sister.... Anak buah aku yang ke-7

Alhamdulillah.... My Sis selamat melahirkan anak buah yang ke-7... anak my sis yang ke-4.... Anak perempuan seberat 3.74... di lahirkan secara normal... tahniah my sis.... bertambah ramai family kami... selamat datang babygirl... nanti bila MAMU balik penang... MAMU bagi hadiah tau..... :P

Saturday, October 22, 2011

Malaysia sumbang RM3.12j pada Thailand

KUALA LUMPUR 22 Okt. Malaysia akan menghulurkan bantuan berjumlah AS$1 juta (kira-kira RM3.12 juta) kepada Thailand bagi membantu negara itu menghadapi bencana banjir yang berterusan sejak tiga bulan lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kabinet telah meluluskan bantuan bagi membantu Thailand menghadapi bencana terburuk itu.
"Bantuan peringkat awal ini diharap akan membantu mengurangkan beban rakyat Thailand untuk mendapatkan bekalan makanan, "katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Selangor di Universiti Putera Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin mencabar Lim Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua supaya membawa kes yang mengaitkan anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan kejadian mencabul seorang gadis bawah umur kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata, sekiranya pihak pembangkang mahu menafikan tuduhan atau membersihkan nama keluarga Guan Eng, ia tidak cukup sekadar melakukan penafian.
"Dalam soal ini saya pun tidak tahu sama ada ia betul atau tidak. Biasanya kita minta pihak polis untuk melakukan siasatan.

Chong Wei jumpa Chen Long pada final Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan dengan bintang muda China, Chen Long, pada perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Denmark di Odense, hari ini.
Chong Wei, yang mencari kejuaraan keenam musim ini, melangkah ke final selepas mengalahkan pemain tuan rumah yang berpengalaman, Peter Hoeg Gade, 21-19, 23-21 pada saingan separuh akhir semalam.
Pertarungan sengit memakan masa 40 minit itu membolehkan Chong Wei menjadi pemain tunggal negara ke perlawanan akhir selepas beregu lelaki negara Hoon Thien How/Tan Wee Kiong terkandas pada separuh akhir.
Chen Long pula mara ke final apabila menumpaskan pemain Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-7 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.
Beregu negara Thien How/Wee Kiong tidak dapat menyaingi kehebatan beregu pilihan utama China, Cai Yun dan Fu Haifeng apabila tunduk 11-21, 11-21.
Sebelum ini, beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menerima nasib malang apabila terkeluar lebih awal pada pusingan pertama selepas dikecewakan oleh pasangan Korea Selatan, Cho Gun Woo/Kwon Yi Goo 21-15, 15-21, 12-21.

Peluang All Blacks julang trofi

HENDERSON - Pemain skuad All Blacks tenang ketika sesi latihan semalam iaitu penampilan terakhir di depan kamera sebelum mereka berpeluang mencatat nama dalam sejarah ragbi New Zealand.
Mereka adalah pemain biasa yang akan beraksi pada final Piala Dunia dan tidak diragui jika menang perlawanan menentang Perancis hari ini, ia akan meletakan nama mereka sebagai atlet hebat dalam sukan New Zealand.
Di bawah tajuk 'Mereka yang pernah berjuang sebelum ini', akhbar New Zealand Herald semalam menyiarkan nama 192 pemain yang pernah menyarung jersi terkenal serba hitam pasukan itu, namun masih gagal memenangi Piala Webb Ellis sejak kejayaan sulung negara itu pada kejohanan 1987.
"Hari ini, pasukan ini berpeluang mencatat sejarah .
"Inilah saatnya untuk memenuhi impian buat mereka yang pernah mencuba sebelum ini," tulis akhbar tersebut.
Jika pemain merasakan bebanan sejarah terpaksa dipikul, ia tidak kelihatan ketika mereka menjalani latihan di Stadium Trusts semalam.
Pemain sayap, Richard Kahui menjalani latihan seperti biasa manakala pemain flyhalf, Aaron Cruden dan scrumhalf Piri Weepu berlatih melakukan sepakan, yang mungkin menjadi senjata utama pada perlawanan di Eden Park hari ini.
Isteri para pemain serta ahli keluarga menyaksikan sesi latihan dari tempat duduk sambil bersorak dan bertepuk tangan memberikan semangat.

Wednesday, October 19, 2011

2nd day in Singapore

hi All..... Salam.... hari ini hari kedua saya di Kota Singa ini... secara kesimpulan, trafik di kota singa ini amatlah senang... tiada kesesakkan jalan raya... really smooth... satu kesusahannya adalah menjadi kedai yang menjual makanan halal..... kami terpaksa naik shutter bas ke hawker centre depan vivo city (cim kot namanya)... seriously makanannya boleh dikatakan murah jika di Singapura.... S$3.50 dah dapa sepinggan nasik ayam lemon... nescafe ais S$1.20.. kalo kat mesia harga mcm nih mmg tak leh dapat.... paling kurang pun RM7.00 utk nasik ayam ngan nescafe ais (KL la punya harga).... jangan bandingkan mata wang... sebab secara amnya... sama ja.... Gaji kat Malaysia RM 2000.00 dan dengan perbelanjaan kita di malaysia.... Sama ja ngan Gaji kat Singapore S$2000.00 ngan perbelanjaan kita kat Singapore... susu HL Milk kat Malaysia dalam RM4.50, kat Singapore S$2.50... lebih kurang ja....Esok akan ke Alexandria Building utk HOSC (amenda pun tatau... janji gi sana baru blajaq)... wish me a very good luck~~~~ Salam

Lelaki Kulit Gelap lebih Seksi????

Tuesday, October 18, 2011

Singapore.... Here I Come

Tanggal 18 Okt 2011... kaki ku.. buat pertama kalinya berpijak di luar Bumi MALAYSIA... walaupun dekat jer... di Singapura... Ianya tetap Luar Negara... hahahahahahahaha... Satu menda yang aku perasan dari tadi hingga sekarang... takdak sebijik keta dari Malaysia pun kat Singapore nih... hhmmmm.............. kualiti kita masih rendah ker? sama2 kita fikirkan...

Sunday, October 16, 2011

Hernandez nafi hajat Reds

LIVERPOOL - Pemain gantian, Javier Hernandez muncul penyelamat Manchester United apabila tandukannya pada minit ke-81 menafikan hajat Liverpool meraih tiga mata pada perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 di Anfield, semalam.
Keputusan seri itu memastikan rekod tanpa kalah United masih bertahan selepas lapan perlawanan.
Pada perlawanan semalam, Liverpool mendahului melalui ketua pasukan Steven Gerrard yang berjaya menewaskan David De Gea pada minit ke-68 menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter, ekoran kesilapan Ryan Giggs yang membiarkan bola melepasi benteng.
Ferguson tidak menurunkan ramai pemain utama seperti Wayne Rooney, Nani dan Hernandez sementara Gerrard kembali disenaraikan sebagai kesebelasan utama semenjak Mac lalu selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha.
Luis Suarez mungkin meletakkan Reds mendahului pada separuh masa pertama apabila sekadar berdepan De Gea, tetapi rembatannya tepat ke dakapan penjaga gol muda itu.
Liverpool seharusnya mampu muncul pemenang perlawanan semalam, namun kecekapan De Gea membuatkan skuad bimbingan Kenny Dalglish terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
Penjaga gol dari Sepanyol itu cemerlang menyelamatkan percubaan cantik Dirk Kuyt pada minit ke-82 dan Jordan Henderson pada minit terakhir perlawanan.
Seminit sebelum perlawanan berakhir, Martin Skrtel yang berada di hadapan pintu gol United gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila rembatannya melepasi palang gol ketika De Gea dan barisan pertahanan United berada dalam situasi kelam kabut selepas menerima asakan bertalu-talu.
Ferguson mempertahankan keputusannya tidak menurunkan Rooney lebih awal dengan berkata bintang England itu baru sahaja melalui minggu yang malang.
"Rooney masih terganggu dengan penggantungan tersebut. Dia baru sahaja melalui minggu yang malang dan saya rasa lebih baik dia bermula dari bangku simpanan, " katanya


Go Go Man United~~~~~

Thursday, October 13, 2011

Ketam Berempah

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • • 4 ekor ketam (digoreng separuh masak) • 6 biji cili padi (diketuk) • 2 ulas bawang putih(ditumbuk) • 1 tangkai daun kari • 1/2 cawan santan cair • 1/4 cawan air • 1 st jintan manis • 1 sb serbuk kari • 2 sb sos tiram • minyak,garam d

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan jintan manis dan serbuk kari. Masak hingga garing.
  3. Masukkan santan, air, cili padi, sos tiram, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ketam. Dah siap.... senang kan... dah masak jemput saya datang tau... :P

Nasi Tomato yang enak

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

United ikat Chicharito lima tahun

MANCHESTER – Javier Hernandez menandatangani kontrak baru lumayan selama lima tahun di Manchester United dengan gaji sekitar 80,000 pound (RM393,000) seminggu, menurut ejen penyerang Mexico itu.
Ejen itu, Eduardo Hernandez berkata: “Kami berunding semula kontrak Javier dan dia bersetuju menetap di Manchester United selama lima tahun.
“Kontrak asal adalah bagus untuk Javier dan kelab kerana ia memberi ruang untuk melihat sama ada Javier mampu mempamerkan persembahan seperti yang diharapkan.
“United amat berpuas hati dan memutuskan untuk memberi ganjaran kepada Javier selepas beraksi cemerlang sepanjang musim lalu.
“United mengemukakan tawaran yang cukup bagus dan saya gembira dengan cara kelab mengiktiraf prestasi Javier.
“Saya tidak akan bercakap mengenai gaji baru Javier tetapi ia adalah kontrak lima tahun.’’
Kesanggupan United merunding semula kontrak Hernandez walaupun hanya setahun berlalu menceritakan segala-galanya mengenai impak yang dibawa penyerang berusia 23 tahun itu kepada United sejak kedatangannya sebagai pemain yang langsung tidak dikenali sebelum Piala Dunia 2010.
Hernandez yang juga dikenali dengan jolokan Chicharito, meledak 20 gol pada musim pertama dan dua gol setakat musim ini meskipun dihadkan aksinya kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Dalam kontrak asal, dia meraih hanya 25,000 pound seminggu, namun gajinya kini dinaikkan setaraf apa yang dinikmati barisan pemain senior seperti Ryan Giggs, Patrice Evra dan kapten, Nemanja Vidic.
Ejennya menambah: “Kontrak terbaru merangkumi penetapan gaji baru yang juga ditambah insentif berdasarkan kejayaan pasukan dalam setiap pertandingan. Kami berasa gembira mencapai persetujuan dengan United.”

Cayalah Chicharito~~~~~

Wednesday, October 12, 2011

Resepi Bakso

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

4.7 bilion saksikan EPL


LONDON - Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik sejumlah 4.7 bilion penonton seluruh dunia musim lalu.
Permintaan global untuk menonton kelibat pemain bertaraf bintang seperti Wayne Rooney, Robin van Persie, Didier Drogba dan Steven Gerrard mencapai kemuncak baru.
Laporan yang dikeluarkan sebuah agensi perunding perniagaan sukan terkemuka mendedahkan 70 peratus peminat bola sepak seluruh dunia menggemari bola sepak Inggeris.
Laporan kumpulan Sport+ Markt di Jerman menunjukkan liputan televisyen untuk aksi Liga Perdana Inggeris menjangkau 643 juta kediaman musim lalu, iaitu meningkat 11 peratus berbanding musim sebelum ini.
Jumlah penonton di rumah kini mencecah angka 3.9 bilion, manakala 777 juta lagi adalah mereka yang menonton di pub atau kedai makan di seluruh dunia.
Pasaran terbesar bola sepak Inggeris ialah Asia dan Ocenia, di mana 1.3 bilion penonton memilih perlawanan membabitkan Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Chelsea pada 2010-11.
Dianggarkan 64 peratus di kalangan kaki bola di China menyokong kelab EPL, manakala separuh daripada peminat di Amerika Syarikat menggemari pasukan EPL.
Secara keseluruhan, siaran mengenai EPL disiarkan 185,000 jam di televisyen seluruh dunia, menjadikan ia acara sukan paling popular di dunia.
Di United Kingdom sahaja, 629 juta penonton menyaksikan siaran langsung perlawanan atau liputan mengenai perlawanan musim lalu, dengan 761 juta penonton lagi di seluruh Eropah

Monday, October 10, 2011

Kecederaan Suara boleh bawa maut

SUARA merupakan aset penting yang dimiliki setiap individu. Ia merupakan satu tenaga bunyi dengan getaran yang mempunyai ukuran gelombang tertentu dan terhasil daripada tekanan udara dari dalam binaan rongga tubuh manusia melibatkan paru-paru, korda vokal (vocal cord ) dan otot-otot di dalam peti suara (larinks) serta bahagian atas laluan (trek) suara iaitu lidah, lelangit, pipi (sinus) dan bibir .
Suara terhasil apabila berlaku getaran di korda vokal yang merupakan sepasang jaluran tisu di bahagian paling atas saluran pernafasan trakea di dalam kotak atau peti suara.
Korda vokal diselaputi oleh tulang rawan tiroid (thyroid cartilage) di bahagian hadapan dan tulang rawan aritenoid (arytenoids cartilage ) di bahagian belakang.
Korda vokal bersama-sama otot dan tulang rawan yang menyokongnya dipanggil larinks (kotak atau peti suara)
Dari segi biologi, larinks bertindak sebagai injap untuk melindungi bahagian pernafasan serta paru-paru.
Kedudukannya adalah bertepatan di mana saluran pernafasan dan makanan (esophagus) terpisah.
Bagi korda vokal, ia akan berada pada kedudukan membuka untuk membolehkan pernafasan berlaku dan menutup semasa menelan untuk mengelakkan makanan daripada memasuki paru-paru dan ia juga tertutup semasa bercakap.
Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, sekiranya berlaku kecederaan saraf pada korda vokal ia mampu menjejaskan fungsi-fungsi yang dilakukan oleh korda vokal seperti pernafasan, menelan dan juga bertutur.
Tambah beliau lagi, kedua-dua korda vokal ini dikawal oleh saraf yang dipanggil Rekuren Larinks (Recurent Laryngeal Nerve).
"Jika terjadinya kerosakan pada saraf tersebut sama ada sepenuhnya (total paralysis) atau separa (paresis), kelumpuhan korda vokal boleh berlaku.
"Dalam keadaan tersebut korda vokal tidak dapat membuka dan menutup secara sepenuhnya bagi kelumpuhan separa manakala dalam kelumpuhan sepenuhnya korda vokal tidak bergerak langsung.
"Begitupun, apa yang boleh menyebabkannya membawa maut ialah sekiranya kedua-dua korda vokal tidak berfungsi ia akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk bernafas," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, antara penyebab berlakunya kelumpuhan korda vokal ialah ketumbuhan di peti suara, trauma di bahagian leher akibat kemalangan pembedahan leher (terutamanya kelenjar tiroid) dan pembedahan bahagian atas dada.
Selain itu, neurotoxin atau terdedah kepada bahan-bahan seperti berbahaya seperti lead, arsenik dan merkuri, jangkitan kuman, jangkitan virus, kecacatan kontigental serta idiopatik (tidak diketahui punca) juga boleh menyebabkan kelumpuhan korda vokal.
Menurut Dr. Samril, apabila korda vokal mengalami kelumpuhan, individu tersebut akan mendapati ada perubahan serta kelainan pada dirinya.
Katanya, kelumpuhan pada korda vokal terbahagi kepada dua iaitu kelumpuhan melibatkan sebelah korda vokal sahaja (unilateral) atau melibatkan kedua-dua belah korda vokal (bilateral).
Mengikut statistik, kelumpuhan unilateral adalah lebih kerap berlaku berbanding dengan kelumpuhan bilateral dan korda vokal sebelah kiri mempunyai kebarangkalian cedera atau lumpuh dua kali ganda berbanding sebelah kanan atas faktor anatomi saraf tersebut.
Daripada statistik tersebut juga turut mencatatkan perempuan mempunyai risiko 33 peratus lebih tinggi berbanding lelaki mengalami kelumpuhan ini.
Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, simptom yang dapat dilihat jika seseorang mengalami kelumpuhan unilateral ialah suara yang termengah-mengah, suara menjadi kasar atau serak, tidak boleh bertutur dengan suara yang kuat dan kualiti suara juga berubah.
Manakala simptom bagi individu yang mengalami kelumpuhan bilateral pula mereka akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan berbunyi dengan kuat (stridor), kesukaran menelan menyebabkan batuk atau tersedak semasa makan serta komplikasi akibat tersedak makanan seperti pneumonia.
Begitupun, bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, mereka yang mengalami simptom-simptom di atas bolehlah membuat pemeriksaan di mana-mana klinik atau hospital.
Malah menurut Dr. Samril lagi, kelumpuhan korda vokal boleh dikesan pada peringkat awal dengan melakukan pemeriksaan menggunakan kamera endoskopi sama ada dimasukkan melalui hidung ataupun mulut.
"Pemeriksaan menggunakan kamera endoskopi ini membolehkan korda vokal dilihat serta pergerakannya boleh diuji dengan mengeluarkan suara atau semasa rehat.
"Dalam masa yang sama, anatomi sekelilingnya juga boleh diperiksa atau dilihat untuk mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang ketumbuhan," katanya.
Sudah pasti setiap penyakit ada cara rawatannya dan begitu juga bagi mereka yang mengalami kelumpuhan korda vokal.
Bagi pesakit kelumpuhan bilateral rawatannya ialah melalui pembedahan trakeostomi atau pembedahan laser (laser cordectomy), manakala kelumpuhan korda vokal unilateral boleh dirawat dengan i suntikan kolagen, lemak, tisu graf dan teflon.
Selain itu, khidmat terapi pertuturan juga diperlukan untuk membantu pesakit-pesakit kelumpuhan korda vokal menjalani rehabilitasi suara sebelum atau selepas pembedahan atau pun untuk kes-kes yang tidak memerlukan pembedahan.
Jadi dalam erti kata lain, korda vokal anda perlulah dijaga agar ia tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun kelumpuhan agar tidak mengganggu sebarang tugasan mahupun komunikasi harian anda

Woods dibaling hot dog

SAN MARTIN - Musim 2011 Tiger Woods terus dirundung malang apabila seorang peminat mencampakkan hot dog ke arahnya ketika pusingan akhir Terbuka Frys.com di Corde Valle, kelmarin.
Ketika insiden itu, Woods yang sedang bersiap sedia untuk meneruskan permainan pada lubang ke-16, tiba-tiba dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang berada di kalangan penonton apabila membaling hot dog ke arah Woods.
Menyedari kejadian itu, Woods berundur daripada membuat pukulan. Lelaki terbabit menyerah diri kepada kakitangan keselamatan dan polis.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut, namun menyatakan dia berada dalam keadaan mabuk dan ditahan untuk membantu siasatan.
"Apabila saya melihat ke atas, hot dog melayang ke arah saya.
"Lelaki itu agak jauh dari kedudukan saya. Dia bagaikan sengaja ingin ditahan kerana dia terus meniarap dan meletakkan tangannya ke belakang badan.
"Saya fikir dia ingin mahu masuk surat khabar dan saya pasti hajatnya tercapai," kata Woods, pemenang 14 kejuaraan major.

Sunday, October 9, 2011

Vettel juara berganda termuda

SUZUKA, Jepun - Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengesahkan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini selepas menduduki tempat ketiga pada GP Jepun semalam.
Ini bermakna pelumba Jerman itu cemerlang dengan status juara berganda termuda dalam F1.
Pelumba McLaren, Jenson Button yang bermula pada kelompok depan bersama Vettel (petak pertama), memenangi perlumbaan di Litar Suzuka, iaitu kemenangan ketiganya musim ini dengan hanya 1.160s di depan pelumba Ferrari, Fernando Alonso.
Vettel hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan musim ini atau Button gagal memenangi perlumbaan.
Begitupun 15 mata yang diperoleh setelah menduduki tempat ketiga semalam lebih daripada mencukupi untuk pelumba berusia 24 tahun itu menjadi pelumba termuda yang memenangi kejuaraan dunia berganda.
"Kami melalui musim yang panjang. Perlumbaan hari ini tidak sepantas yang kami harapkan kerana kami menggunakan tayar lembut.
"Dengan keputusan yang memuaskan ini, ia membantu saya memenangi kejuaraan. Terima kasih kepada pasukan," kata Vettel.
Vettel merupakan pelumba termuda yang menyertai F1 iaitu pada usia 19 tahun 53 hari bersama pasukan Sauber di Turki pada 2006.
Dia merupakan pelumba termuda yang memulakan perlumbaan pada 2007 di Amerika Syarikat dan pada perlumbaan yang sama, dia muncul pelumba termuda meraih mata.
Pada 2007 di Jepun, dia merupakan pelumba termuda yang mendahului perlumbaan dan pada 2008 di Itali, dia menjadi pelumba termuda yang meraih petak pertama, juga pelumba termuda yang memenangi perlumbaan.
Keputusan bersama pasukan Toro Rosso itu mendorong perpindahan ke pasukan Red Bull pada 2009 dan hampir merangkul kejuaraan dunia, namun terpaksa berpuas hati di tempat kedua di belakang Button.
Vettel menyertai senarai pelumba terhebat sebagai juara dunia berganda termasuk Michael Schumacher, Juan Manuel Fangio, Jack Brabham, Jackie Stewart, Ayrton Senna dan Alain Prost.
Kini Vettel berpeluang memburu rekod 13 kemenangan semusim milik Schumacher dan rekod 14 petak pertama semusim milik Nigel Mansell

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Ni lah dunia IT... nenek pun dah terpengaruh ngan facebook... hahahahaha

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Lembab, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

Cita-cita Tinggi

uti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

Panggilan Sayang Untuk Isteri

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."
 Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

*** Boleh guna jokes nih utk nak sekalikan nama nama bini korang... buat yang nak kawen 2 3 atau 4... boleh guna taktik nih.... selamat.... hehehehehehehehe****

Australia singkir juara dunia

WELLINGTON - Australia menyingkirkan juara bertahan Afrika Selatan 11-9 pada perlawanan suku akhir Ragbi Piala Dunia, semalam.
Dalam satu lagi pertembungan suku akhir, New Zealand mengatasi Argentina 33-10 untuk mencipta pertembungan separuh akhir dengan Australia.
Selepas mendahului 8-3, Afrika Selatan menguasai sebahagian besar perlawanan babak kedua dalam perlawanan yang menyaksikan ketua pasukan Wallabies, James Horwill merupakan pemain pemain tunggal yang berjaya melakukan try.
Segalanya tampak memihak kepada Afrika Selatan apabila mendahului Australia 9-8, tiga mata yang diperolehi drop goal melalui Morne Steyn.
Namun, ketika perlawanan 10 minit hendak ditamatkan, James O'Connor berjaya menyempurnakan penalti bagi meletakkan kedudukan 11-9, dengan kekentalan pemain sayap David Pocock menghalang Afrika Selatan mendapatkan sebarang tambahan mata bagi memastikan Wallabies melangkah ke separuh akhir.
"Semua pemain berusaha keras, mereka ternyata berjaya, pihak lawan meletakkan banyak tekanan kepada kami. Kami tahu kami perlu bersatu dan bertahan untuk menang perlawanan ini, " kata ketua pasukan Australia, Horwill

Friday, October 7, 2011

BAJET 2012

Adakah akan memberi manfaat kepada rakyat?
Apa implikasinya pada negara dan individu?
Apakah yang akan terjadi kepada kepimpinan BN? adakah akan goyah?

Thursday, October 6, 2011

Isteri Calun Neraka


-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan olih suami
-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.
Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “
Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…

Sesiapa yg suka sangat COKE...





‎10 KELEBIHAN COCA COLA????

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10
'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah
diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang
dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.
Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan
'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikan oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce
coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late.

so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Wednesday, October 5, 2011

United waspada ancaman Man. City

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi amaran kepada para pemainnya supaya berada pada prestasi terbaik apabila berdepan musuh setempat mereka, Manchester City pada 23 Oktober ini.
United dan City kini berkongsi mata, namun Red Devils berada di tangga teratas dengan kelebihan satu gol.
Pengurus berusia 69 tahun dari Scotland yang menganggap City sebagai ‘jiran bising’ berkata, dia tidak terkejut dengan penampilan terbaik City pada permulaan musim.
‘‘Saya pernah berkata sejak dulu lagi ia pasti akan terjadi. Mereka adalah pasukan yang bagus dan sentiasa akan meningkat.
‘‘Sergio Aguero antara kunci kekuatan City, dia cepat menyesuaikan diri dengan Liga Perdana England, dia sering menjadi ancaman dalam kotak penalti. David Silva juga antara pemain yang bagus.
‘‘Kami harus pastikan bersedia apabila bertemu City nanti,” katanya.
United dan City masih belum kalah dalam aksi Liga Perdana pada musim ini dengan kedua-dua kelab mencatatkan enam kemenangan dan satu seri.
Ferguson juga mengakui dinamik pertemuan antara kedua-dua pasukan telah banyak berubah semenjak City dibeli oleh Sheikh Mansour dari Abu Dhabi.
‘‘City mempunyai sebuah skuad yang besar dan kekuatan kewangan yang mampu menarik ramai pemain terbaik dunia, ia jelas membuatkan bahang pertemuan kedua-dua pasukan jiran semakin menarik.
‘‘Perbincangan utama bukannya berkisar kepada perlawanan tetapi kepada Manchester City yang menukar arah bola sepak hari ini dan kami perlu bersaing dengan mereka,” katanya.