Menteri Mesir dipenjara kerana bazirkan wang rakyat
KAHERAH 10 Mei - Mahkamah jenayah di sini semalam menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas bekas Menteri Pertanian Mesir atas kesalahan rasuah dan pembaziran duit rakyat.Amin Abaza yang berkhidmat di bawah Presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak didapati bersalah menjual tanah milik kerajaan kepada usahawan, Amr Mansy pada harga di bawah pasaran.
Mansy juga menerima nasib sama selepas didapati bersalah menjual tanah milik kerajaan di Semenanjung Sinai kepada pelabur. - DPA
No comments:
Post a Comment